Sunday, April 12, 2009

Perutku lapar..

Last friday..aku g ambik adik2 aku blik tusyen..
Setibanye di rumah..perutku berasa sungguh lapar..

ibu g hi tea..
ayah plak g maen golf ngn kwn die..
kalo x..msti de makanan petang..

Lalu,otakku pon berputar..

"K.uda, tlg buat roti bleh?"
" Ala, mls la.."
Adikku terus melompat ke anak tgga & naik ke atas..
Pe lg..tgk tv la..hobinye..

Huk huk..sdeynye..xde org nk tlg buatkan makanan..
Pastu aku pon terus ke dapor..ye la nk tgk pe yg ade..
Tgk:

Roti - olrite de lg..bleh ni..kenyang kalo mkn..
Telur - bgus..bleh goreng..
Timun - huhu..bleh wt tambah rase..
Mayonis - pon bagus..tp xperlu kot letak..
Sos - ade lg..

so, bgus..sume de..coz aku mmg nk wt roti burger a.k.a roti telur.. haaha..

aku pon ambik kuali..then bila da panas..aku letak minyak..
huhu..time minyak panas ni yg aku paling takot..
mmg giler2 takot ngn minyak..
kalo la aku bleh cipta resepi tanpa guna minyak..kan bagus..

aku pon bakar roti..

then, aku dengan bertawakkal bsuh telur tu..
n letak kt dlm kuali..
time tu minyak merecik-recik..pedih tanganku..
adoooii..sabar syma..sabar..
pastu sedang aku menahan kesakitan neh..
tiba2..kulit telur terlepas dari tangan aku..
Warrgggghhh..giler mcm neh..
nk wt pe neh..aku pon terus ambik garfu..
try angkat kulit telur tu..
huk huk huk.. abes la telur..

tengah kalut angkat kulit telur tu..
aku lupe nk kecikkan api..
huhu..telurku da hmpir nk hangit..
sedeynye..

"ah,xpe la..mkn je la..lgpon bkn nk serve kt org..aku sendiri gk yg nk mkn.."

so,da masak aku pon letak kt atas meja mkn kt dpn..
kembali ke dapur..untuk wt ramuan yg laen plak..
hehe..

potong timun..n tuang sos..
pastu aku pon ambik roti nk bwk ke dpn..
sampi ke tengok telur da tinggal separuh...

"Hah!!!!!!!!!!!!!"
"Mane telur neh..?"
"Aisyah, mkn telur org ea??"

"Yup!"

Haaa..aku sabar je..da la lapar..
pastu die mkn plak separuh telur yg aku penat2 goreng..
zalimnye adik..
td suruh buat xnk..
tp nk wt cmne..nk goreng balik mls..
mkn je la..
bersyukur la dengan rezeki yg aku penat2 buat neh...
huhu

Thursday, April 2, 2009

Cawan & Kopi

Sekadar nak berkongsi ilimu. Saya minat sangat cerita kat bawah nie tapi dah tak ingat kat link maner. Moga kiter semua dapat manfaatnya bersama.
Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.
Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.
Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas.
Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal.
Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.
Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.
Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:
"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah."
Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"
"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik.
Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.
"Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut.
Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan.
Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang
Hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Nikmatilah kehidupan yang ada...

~ Kenapa Perempuan Akan Menangis..?? ~

Lps baca..kamu msti ckp..Betul??
````````````````````````````````````````````
Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya

“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita.”jawab ibunya.
“Tak faham..”kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

“Dan kamu tak akan pernah faham.”

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya.
“Ayah, kenapa ibu suka menangis tanpa alasan?”
“Semua wanita akan menangis tanpa alasan.” Hanya itu yang dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki itu telah menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi tetap ingin mengetahui mengapa wanita menangis.

Akhirnya dia menghubungi Allah & bertanya.
“Allah, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Allah berfirman:

> Ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

> Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anaknya dan menerima penolakan dengan baik yang sering kali datang daripada anak-anaknya.

> Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

> Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap apa jua keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

> Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

> Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa suami yang baik takkan menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk terus berada disisi suaminya tanpa ragu.

> Dan akhirnya, Aku memberinya AIR MATA untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila dia memerlukan.
```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
> KAU TAHU???

> KECANTIKAN SEORANG WANITA BUKANLAH DARI PAKAIAN YANG DIKENAKANNYA, SUSUK YANG DIA TAMPILKAN, ATAU BAGAIMANA DIA MENYISIR RAMBUTNYA.

> KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA, KERANA ITULAH PINTU HATINYA – TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA.
(~_^)